How to Apply – Bahasa Malaysia

CARA MEMOHON

Terima kasih kerana menjadikan ISKL sekolah pilihan anda; kami mengalu-alukan permohonan anda.
Admission Application-min
ISKL Batik Logo

Sila rujuk Senarai Semak Kemasukan sebelum membuat permohonan. Senarai ini akan membantu anda mengenal pasti dokumen yang perlu dimuat naik untuk melengkapkan permohonan anda. Permohonan anda akan disemak oleh bahagian Kemasukan kami setelah menerima semua dokumen anda. Sila hubungi kami di emel [email protected] jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan.

Bersedia untuk menyertai komuniti ISKL?

Empat langkah mudah untuk proses kemasukan:

Langkah 1: Klik butang Mohon Sekarang

  • Anda akan dibawa ke portal permohonan OpenApply ISKL.
  • Klik Hantar Permohonan.
  • Ikuti arahan untuk memulakan permohonan anda.
  • Muat naik setiap dokumen yang di senaraikan dan disatukan didalam satu fail, berformat PDF. 

Senarai Semak Dokumen

Salinan rasmi rekod dan transkrip akademik daripada setiap sekolah yang pernah dihadiri oleh murid dalam tempoh tiga tahun yang lalu. Rekod ini hendaklah diterjemahkan kepada bahasa Inggeris dan disahkan, termasuk apa-apa markah ujian seperti MAP, ISA, NWEA dan sebagainya. Bagi Program Pendidikan Awal Kanak-kanak (Pemohon bagi Prep Reception, Prep Junior,  Prep Senior atau Gred 1), pemohon hendaklah mengemukakan semua laporan pra sekolah yang ada serta video pendek murid.

Bagi pemohon yang sebelum ini telah menerima atau telah disyorkan untuk sebarang perkhidmatan sokongan – sila muat naik semua laporan terdahulu contoh keputusan ujian psikologi, Individualized Education Programs (IEP), pelan 504, EAL atau sebarang penilaian lain (contoh: Pertuturan dan Bahasa, Terapi Pekerjaan). Sila berikan maklumat lengkap tentang pengalaman pendidikan anak anda sebelum ini. Sila berikan maklumat lengkap tentang pengalaman pendidikan terdahulu anak anda. Laporan yang menunjukkan keperluan dan keupayaan pembelajaran juga penting.

Borang Kesihatan Murid & Rekod Imunisasi

Bahagian 1 perlu diserahkan secara dalam talian semasa permohonan.

Bahagian 2 borang kesihatan diperlukan hanya apabila menerima tawaran tempat di ISKL dan dan sebelum anak anda boleh memulakan persekolahan. Ia perlu dicetak untuk diisi, ditandatangani dan dicop oleh doktor. Seorang murid hanya boleh memulakan persekolahan selepas pihak kami menerima borang kesihatan yang lengkap, mendapat pengesahan dari jururawat kami bahawa semua imunisasi adalah terkini dan saringan TB selesai.

  • Salinan pasport pemohon yang menunjukkan nombor pasport dan tarikh lahir. Bagi warganegara Malaysia sila muat naik salinan Kad Pengenalan pemohon.
  • Salinan pasport ibu bapa. Bagi warganegara Malaysia sila muat naik juga salinan Kad Pengenalan.
  • Gambar berwarna berukuran pasport (muka sahaja), dengan latar belakang putih terkini pemohon dan ibu bapa.

Salinan Permit Kerja/Permit Pemastautin Tetap Malaysia yang sah atau surat daripada majikan yang mengesahkan pekerjaan ibu bapa di Malaysia dan mereka juga tanggungjawab untuk mendapatkan visa tanggungan keluarga.

Polisi ISKL menyatakan bahawa murid mestilah berstatus pemastautin tetap yang tinggal bersama sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa atau penjaga yang sah.

(Prep Reception, Prep Junior, Prep Senior, Gred 1 – Gred 5)

  • Borang Rujukan Sulit dalam talian
  • Borang Soal Selidik Maklumat Latar Belakang & Pengalaman Bahasa dalam talian
  • Borang Soal Selidik Awal Alam Kanak-kanak dalam talian (untuk Reception, Prep Junior, and Pre Senior SAHAJA)
  • Video pendek anak anda (Prep Reception, Prep Junior, Prep Senior & Gred 1)

(Menengah Redah & Menengah Tinggi, Gred 6 – Gred 12)

  • Borang Rujukan Sulit dalam talian
  • Soal Selidik Pelajar dengan tulisan tangan

Anda akan diminta untuk memberikan alamat emel kepada guru, kaunselor atau pengetua anak anda bagi tujuan melengkapkan borang Rujukan Sulit dalam talian.

Langkah 2 – Pembayaran yuran permohonan tanpa pulangan balik bagi setiap pemohon

Pembayaran boleh dibuat melalui pindahan bank atau kad kredit. 

Langkah 3 – Unit Kemasukan akan meneliti permohonan anda

Sila ambil perhatian bahawa permohonan tidak akan disemak dan akan kekal tidak aktif sehingga semua item di atas telah diserahkan. Sebaik sahaja perkara di atas telah diterima dan disemak, ibu bapa akan dimaklumkan tentang langkah seterusnya, yang mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, ujian kemasukan/penempatan yang diperlukan, temu duga dan pemerhatian.

Langkah 4

 Jika penilaian permohonan anda berjaya, tawaran tempat akan dikeluarkan!

Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Tambahan

Kelas Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Tambahan (English as an Additional Language atau EAL) akan disediakan kepada murid yang mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang rendah atau tidak menguasainya. Ujian EAL dijalankan mengikut kesesuaian untuk menentukan tahap penguasaan bahasa Inggeris. Semua murid EAL mestilah menunjukkan markah sederhana hingga atas sederhana dalam rekod persekolahan mereka yang lalu untuk dipertimbangkan bagi kemasukan ke kelas.

MAKLUMAT TAMBAHAN

[instagram_post]

Communication Updates

Latest update: October 26

  • Early Childhood, Life-Centered Education (LCE), Grade 10, 11 and 12
    On Campus Learning from October 25

  • Grade 1, 2, 3 and 9
    On Campus Learning from November 1

  • Grade 4, 5, 6, 7 and 8
    On Campus Learning from November 8
Inquire Now